Pengertian
Aurat
diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam
istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang
wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam
islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka
aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan
diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan
renungan dan tatapan bersama.
Perintah Menutup Aurat
Perintah
menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33
yang bermaksud :
"Dan
hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri
seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah
sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya.
Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak
menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu
Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala
perkara yang keji). "
Dari
penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah
wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan
perintah-perintah yang lainnya. Dengan
menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh
mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang
menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan
sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang
lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu
juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal
ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan
yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan
(ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
Asas Aurat
Islam telah
menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah
menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup
seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki
pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu
antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa
keadaan antaranya :
1. Aurat
Ketika Sembahyang
Aurat wanita
ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak
tangan.
tangan.
2. Aurat
Ketika Sendirian
Aurat wanita
ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti
bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat
Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya
aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut.
Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang
boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang
boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini
dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga
kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu,
pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki.
Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang
lengkap dan labuh.
Syarak telah
menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita
iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk
datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah
mertua
4.Anak-anak
lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak
suami
6. Saudara
lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak
saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak
saudara dari saudara perempuan
9. Sesama
wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba
sahaya
11. Pelayan
yang tidak ada nafsu syahwat
12.
Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu,
bagi
kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang
menampakkan aurat terhadap mereka.
kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang
menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-quran
dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud
:
" Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya".
Imam Syafie
berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua
makna iaitu:
1. Perhiasan
yang bersifat semulajadi seperti muka, pipi, mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis,
paha dan lain-lain anggota.
paha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan
seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan
sebagainya.
Oleh itu,
umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang
telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4.Aurat
Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan
menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu
dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti
rogol dan sebagainya.
dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti
rogol dan sebagainya.
Perkara ini
terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan
terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian
tubuh badan mereka.
terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian
tubuh badan mereka.
Wanita yang
bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu
suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu,
wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan
orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat
Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita
apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup
keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah
s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada
menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita
islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita
islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat
Ketika Bersama Suami
Apabila
seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari
pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan
aurat pada suaminya.
pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan
aurat pada suaminya.
Ini bererti
suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri
boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah
bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah ,
bagaimanakah
aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu
kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah ,
bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda
menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih
bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda
menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu
kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah ,
bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda
menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih
bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda
menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Pakaian di dalam Islam
Dalam
membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu
tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian
itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian
itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh
badan.
badan.
Usamah bin
Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis
kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi
dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin
Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari
rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain
Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri
saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah
isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana
aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar
kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
iii. Pakaian
itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh
menampakkan bayangan tubuh badan.
menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain
daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu
licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya.
Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk
anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian
itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian
itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah
r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak
ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
vii. Pakaian
itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan
memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri
sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di
kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang
menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan
allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan
memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu
dan bersopan santun.
Sourch :
Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor.
Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor.
0 komentar:
Posting Komentar